KOD KURSUS : DUA 2012
NAMA KURSUS : SAINS TEKNILOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH : EN. SUFFIAN BIN MOHD
FABILAH
PROGRAM : DIPLOMA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
JABATAN : JABATAN ELEKTRIK
KELAS : DEE2A
KESUKARAN
MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN &
KEMUDARATAN
HENDAKLAH DIHILANGKAN
NAMA
|
NO. PENDAFTARAN
|
ZAHIRA
NADIRA BINTI ZAINARUDIN
|
25DEE15F1033
|
SYAFIQAH
NASUHA BINTI HAZMAN
|
25DEE15F1026
|
NOR
SYAFIQAH BINTI MOHD RASHIDI
|
25DEE15F1003
|
FARAH
NABILA BINTI RAHIM
|
25DEE15F1036
|
SESI DISEMBER 2015
1.
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
2. ISI-ISI PERBINCANGAN
2.1
Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan.
2.1.1 Dalil-Dalil Yang Berkaitan Dengan Kaedah Masyaqqah Tajlibu Al-Taisir
2.1.2
Tujuan Musyaqqah
2.1.3
Pembahagian Musyaqqah
2.1.4
Sebab-Sebab Keringanan
2.1.5 Jenis-Jenis Keringanan Mengikut Syarak
2.2 Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan
2.2.1 Contoh-Contoh Permasalahan
2.2.2
Kaedah-Kaedah Pecahan
3.
KESIMPULAN
RUJUKAN
1.
PENGHARGAAN
Kami ingin memanjatkan setinggi tinggi
kesyukuran ke hadrat illahi kerana telah kurniakan kepada kami kesihatan tubuh
badan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental untuk menyiapkan kajian ini,
Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringan serta Kemudaratan
Hendaklah Dihilangkan tanpa sebarang masalah rujukan, masa dan kesihatan
Selawat dan salam ke
atas semulia-mulianya utusan, Nabi
Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusannya dan ke atas semua keluarganya dan para
sahabatnya . Juga orang orang yang mengikut mereka sehinggalah hari pembalasan.
Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang
teguh terhadap islam dan memberkati kami yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T
Setinggi tinggi penghargaan
yang tidak terhingga kepada pensyarah yang disanjungi iaitu, En Suffian Bin
Mohd Fabilah atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau kepada kami dalam
melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, melalui tugasan ini banyak ilmu yang
telah kami perolehi.
Tidak
lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa, rakan rakan dan pihak lain yang telah
banyak memberi sokongan dan galakan bagi kami menjayakan tugasan ini seperti
yang dirancang.
Akhir
kalam, kami berharap agar usaha yang kami lakukan untuk menyiapkan tugasan ini
dapat menjadikan kami insan yang dapat membantu dan meringankan beban orang
lain.
1.1
Pendahuluan
Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi
dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan
sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains teknologi membawa
kemajuan, kemudahan dan keselesaan serta memberi manfaat kepada manusia ke arah
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
Tajuk untuk membuat kajian ini telah
ditetapkan oleh pensyarah yang mengajar subjek Sains Dan Teknologi Kejuruteraan
Dalam Islam. Oleh itu kami dari kumpulan 7
telah diberi tajuk kajian berkaitan dengan Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan
Keringanan serta Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan.
2.
ISI-ISI PERBINCANGAN
2.1 Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan
Keringanan.
Manusia mempunyai batasan tersendiri untuk melalukan
sesuatu perkara. Manusia tidak mampu melakukan sesuatu yang melebihi had
kemampuannya sendiri dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan
naluri serta tabiat mereka.
Masyaqqah
atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringan dan dipermudahkan
berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al taisir) ialah masyaqqah yang
melampaui batas kemampuan yang ditanggung oleh manusia bahkan boleh
memudaratkan diri dan menghalang seseorang dari melakukan amal seperti puasa
orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka islam memberi kemudahan dan
keringanan untuk meninggalkannya tetapi mereka wajib menqadakannya. Namun
begitu, ada juga musyaqqah yang tidak boleh dijadikan sebab bagi mendapatkan
keringanan iaitu kesusahan dan tidak membawa kemudaratan kepada diri. Contoh,
meninggalkan puasa kerana letih bekerja.
Dari segi
bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan manakala dari segi istilah
pula masyaqqah digunakan bagi merujuk kepada sesuatu yang diluar kebiasaan
seseorang. Ini bermaksud allah memberikan kemudahan atau keringanan dalam menunaikan
dan melaksanakan perintahnya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An
Nahl; 16 : 7
|
Berdasarkan ayat di atas menjelaskan bahawa
agama islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi
keringanan.
Mestilah tentukan musyaqqah
atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan. Dari pandangan lain juga,
walaupun pada zahirnya dalam syariat islam dalam kehidupan manusia mempunyai
tanggungjawab yang ia juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan. Contohnya,
kewajipan mencari rezeki namun itu bukanlah merupakan satu musyaqqah terhadap
mereka kerana itu adalah tuntutan yang tidak dikira sebagai musyaqqah kerana
menurut kebiasaan itu tidak menjadi satu bebanan kepada manusia bahkan ia
merupakan satu keperluan kepada manusia.
2.1.1
Dalil-dalil yang berkaitan dengan kaedah Masyaqqah Tajlibu al-Taisir
Berikut merupakan dalil-dalil yang
berkaitan dengan kaedah ini antaranya ialah:
a. Al-Quran
Berdasarkan fiman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Allah
mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran”.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Kami
tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar Kesanggupannya”.
Kesimpulan berdasarkan kepada firman Allah
S.W.T diatas ialah Allah tidak
menginginkan kesukaran kepada umat ini,
sebaliknya mereka disuruh melaksanakan
sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau
mengikut kemampuan seseorang itu
untuk melaksanakan sesuatu perkara.
b. Sunah Al Nabawiyyah
Berdasarkan kepada hadis Rasulullah:
سئل
النبي صلى الله عليه وسلم عن أحب الأديان إلى الله، فقال : ((الحنيفة السمحة)).
Maksudnya: “Ditanya nabi tentang agama (cara hidup) manakah yang paling dikasihi
oleh Allah, maka berkata nabi: agama
Nabi Ibrahim As(islam yang bertolak ansur)”.
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( يسروا ولا تعسروا
|
Hadis diatas menjelaskan bahawa syariat
islam adalah mudah dan ringan, ia juga adalah
sebahagian daripada tujuan syarak.
2.1.2
Tujuan Musyaqqah
Terdapat beberapa tujuan musyaqqah,
antaranya :
a. Musyaqqah
atau kesukaran bertujuan mendatangkan kesenangan atau keringanan daripada
kesusahan yang biasa seperti tugas tugas yang membebankan sehingga boleh membawa
kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda.
b. Musyaqqah
atau kesusahan biasa yang tidak boleh jadikan sebab bagi keringanan atau
rukhsah. Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa.
Contohnya puasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak
boleh menjadi sebab mengambil rukhsah.
2.1.3 Pembahagian Musyaqqah
Musyaqqah terbahagi kepada dua, iaitu :
a. Musyaqqah
biasa :
Iaitu kesulitan biasa yang boleh
dihadapi tanpa mengalami sebarang kemudaratan seperti kesulitan dalam
menjalankan ibadah-ibadah fardu, mencari nafkah, kesulitan jihad menentang
musuh dan seumpamanya. Kesulitan-kesulitan ini tidak membawa kepada keringanan
hukum kerana ia bertujuan untuk menjaga kebajikan manusia di dunia dan di
akhirat.
b. Musyaqqah
luar biasa :
Iaitu
kesulitan yang menyebabkan kesengsaraan yang biasanya tidak mampu ditanggung
oleh manusi biasa dan membawa kepada kemudaratan, mencacatkan system hidup dan
membantutkan usaha melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Masyaqqah luar biasa boleh terbahagi kepada dua:
i.
Kesukitan
dan kepayahan yang besar dan berat. Contohnya, kesusahan yang menimbulkan
kebimbangan berlaku kemudaratan kepada diri dan anggota badan akibat dari puasa
berpanjangan dan qiamullail yang berterusan. Masyaqqah ini mewajibkan takhfif
(keringanan) kerana menjaga diri untuk melakukan ibadat lebih utama dari
memudaratkannya hingga menghalang daripada melakukan ibadah.
ii.
Kesulitan
yang ringan. Contohnya kesakitan yang boleh ditanggung. Musyaqqah ini tidak
diambil kira kerana menghasilkan maslahah itu lebih utama dari menghilangkan
kesulitan yang sedikit itu.
iii.
Kesusahan
yang pertengahan. Misalnya kesakitan biasa. Hukumnya tertakluk kepada kesulitan
itu sendiri, sekiranya ia hampir kepada tahap masyaqqah yang berat maka ia perlu
diringankan. Sekiranya hampir kepada masyaqqah yang ringan, ia sebaliknya.
2.1.4
Sebab-Sebab Keringanan
Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan oleh syarak dalam
ibadat, iaitu:
i.
Musafir: Syarak memberikan
keringanan seperti qasar dan jamak seperti berbuka puasa.
ii.
Sakit: syarak memberikan
keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayamum.
iii.
Paksaan: syarak mengharuskan
seseorang yang diharuskan dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur
iv.
Lupa: seseorang yang makan
dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya.
v.
Kejahilan: tidak batal solat
orang yang bercakap semasa solat dalam keadaan jahil.
vi.
Kepayahan: tanaman yang terkena
najis binatang yang membajaknya dimaafkan.
vii.
Kekurangan: orang gila dan juga
bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak.
2.1.5
Jenis-Jenis Keringanan Mengikut Syarak
Jenis keringanan atau rukhsoh itu ada tujuh iaitu:
i.
تخفيف
إسقاط
- keringanan dengan menggugurkan kewajipan.
Contohnya:
a. Tidak
wajib atau gugur sembahyang jumaat kerana halangan tertentu.
b. Digugurkan
daripada menyertai jihat sebab uzur.
c. Digugurkan
kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.
ii.
تخفيف
تنقيص
- keringanan dengan mengurangkan bebanan.
Contohnya:
a. Memendekkan
atau qassar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat.
iii.
تخفيف إبدال - keringanan
dengan gantian atau penukaran.
Contohnya:
a. Ditukarkan
berwuduk dan mandi dengan bertayamum
b. Menukarkan
kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak boleh berdiri kepada duduk atau baring atau isyarat.
c. Menukarkan
bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah.
iv.
تخفيف
تقديم - keringanan dengan mendahulukan
Contohnya:
a. Menyegerakan
membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.
b. Sembahyang
jamak taqdim.
v.
تخفيف
تاخير - keringanan dengan mengakhirkannya
Contohnya:
a. Menanguhkan
puasa ramadhan kerana musafir.
b. Sembahyang
jama’ ta’khir.
c. Menangguhkan
sembahyang demi menyelamatkan orang mati lemas dan terbakar.
vi.
تخفيف ترخيص - Keringanan
mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa.
Contohnya:
a. Minum
arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
b. Diharuskan
makan bangkai kerana terdesak
vii.
تخفيف
تغيير
- Keringanan mengubah atau menukar
Contohnya:
a. Menukar
dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan
ketakutan dan menghadapi musuh.
2.2 Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan
Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang
menajdi kesukaran bagi tercapainya
kepentingan asasi kehidupan manusia yang
melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta. Segala kemudaratan
yang berlaku wajib dihilangkan dan dihapuskan.
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang
dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi:-
Maksudnya : “Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan”
Islam mengharamkan segala tindakan yang membolehkan membawa kemudaratan sama ada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.
Kemudaran adalah dengan merujuk kepada impak buruk atau negatif menurut perspektif agama yang tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat.
2.2.1 Contoh-Contoh Permasalahan Kepada Kaedah Ini Ialah :
a. Islam telah menentukan etika berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi etika ini akan mengundang kemudaratan kepada system nilai manusia.
b. Mengembalikan barang yang dibeli dengan sebab terdapat ‘ayb iaitu kecacatan, perselisihan tentang sifat-sifat yang disyariatkan, taghrir iaitu penipuan, serta menfasakhkan perkahwinan dengan ‘ayb atau kemiskinan suami atau lain lain
c. Jika tempoh sewaan tanah pertanian telah berakhir sedangkan hasil tanaman belum dituai lagi, maka tanah tersebut dianggap masih kekal dalam tangan penyewa dengan bayar sewa sehingga tanaman dituai. Ini sebagai cegah daripada memudaratkan penyewa yang terpaksa mencabut tanamannya sebelum tiba masanya.
2.2.2 Kaedah-Kaedah Pecahan
Terdapat beberapa pecahan terhadap kaedah ini, iaitu :
i.
Maksudnya
: Kemudaratan dihilangkan sekadar kemampuan.
ii.
Maksudnya:
Menolak kerosakan adalah lebih utama daripada mendatangkan kebaikan.
iii.
Maksudnya:Ditanggung
kemudaratan khusus bagi menolak kemudaratan umum.
iv.
Maksudnya:Kemudaratan
tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.
v.
Maksudnya:Kemudaratan lebih berat dihilangkan
dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih
vi.
Maksudnya:Kemudaratan
terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadi.
KESIMPULAN
Islam tidak membebankan manusia dengan sesuatu yang tidak mampu
dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh membebankan mereka dengan perkara
yang diluar daripada kebiasaan mereka. Islam memberi keringanan kepada umatnya
bertepatan dan sesuai dengan naluri serta tabiat mereka.
Masyaqqah atau kesukaran yang menjadi sebab
kepada keringanan dan dipermudahkan (musyaqqah tajlibu al-taisir) ialah
masyaqqah yang melampaui kemampuan oleh manusia, bahkan boleh memudaratkan diri
seseorang dan menghalangnya daripada melakukan suruhan allah. Mempermudahkan,
meringankan dan mengambil kira kemampuan umatnya adalah menjadi kunci utama dan
tujuan syarak daripada allah.
Seterusnya, kaedah kemudaratan hendaklah
dihilangkan ini juga merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga
kemaslahatan individu khususnya dan masyarakat am. Kaedah ini menunjukkan
bahawa agama islam dan syariatnya itu begitu mengambil berat mengenai
kepentingan manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan serta menolak
kemudaratan dan kerosakan yang berlaku serta bakal berlaku. Semua hukum yang
telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salah satu antara
tujuan utama mangapa syariat Islam didatangkan oleh Allahs.w.t ke atas muka
bumi ini.
RUJUKAN
Buku/majalah/artikel
Buku Rujukan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam
Islam (Khas untuk pelajar Politeknik Malaysia)
Internet:
Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zain
(2000), Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abd.kadir hussin. (1977), usul fiqh.Cet 3.Kota Bharu;pustaka Aman Press
Sdn.Bhd.
Anwar Fikri Omar,Dr.Mohd
Nasran Mohamad & Mohammad Zaini Yahya.
(2006), Kaedah Fiqh.Bangi:
Pusat Perkembangan Pendidikan.
Hassan Soleh (1979),
Prinsip-prinsip fikh islam.Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn.bhd.
Saadan Man (1994), Masyaqqah dan Hukum Keringanan Menurut
Prinsip Islam.
Nurbazla Ismail, Kaedah-kaedah Fiqh
Wan Dalilah
(Januari 2012), My Syaria
http://wandastpm.blogspot.my
.
|
Best VPNs For Playing in Roulette with Roulette & Play with
ReplyDeletePlay real money หาเงินออนไลน์ online roulette games for free, using Bitcoin, Ethereum, and other cryptocurrencies at work on top online roulette sites.
Lucky 15 Casino - Mapyro
ReplyDeleteLucky 15 Casino is in 계룡 출장샵 the 안산 출장샵 suburbs, 태백 출장마사지 so the only option is 당진 출장샵 staying at the nearest casino. You'll find it on 충청북도 출장안마 the map. You can even play in