Monday, 21 March 2016

KUMPULAN 7





KOD KURSUS : DUA 2012

NAMA KURSUS : SAINS TEKNILOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

NAMA PENSYARAH : EN. SUFFIAN BIN MOHD FABILAH

PROGRAM : DIPLOMA ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

JABATAN : JABATAN ELEKTRIK

KELAS : DEE2A


KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN &
KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
NAMA
NO. PENDAFTARAN
ZAHIRA NADIRA BINTI ZAINARUDIN
25DEE15F1033
SYAFIQAH NASUHA BINTI HAZMAN
25DEE15F1026
NOR SYAFIQAH BINTI MOHD RASHIDI
25DEE15F1003
FARAH NABILA BINTI RAHIM
25DEE15F1036












SESI DISEMBER 2015






1. PENGENALAN                                                                                                              
            1.1 Pendahuluan                                                                                                        


2. ISI-ISI PERBINCANGAN                                                                                             
            2.1 Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan.                     

2.1.1 Dalil-Dalil Yang Berkaitan Dengan Kaedah Masyaqqah                                                             Tajlibu Al-Taisir
2.1.2 Tujuan Musyaqqah                                                                                
2.1.3 Pembahagian Musyaqqah                                                                     

2.1.4 Sebab-Sebab Keringanan                                                                      

           2.1.5 Jenis-Jenis Keringanan Mengikut Syarak                                             

2.2 Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan                                                                

2.2.1 Contoh-Contoh Permasalahan                                                              

2.2.2 Kaedah-Kaedah Pecahan                                                                                  

3. KESIMPULAN                                                                                                               


RUJUKAN











 1. PENGHARGAAN

Kami ingin memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana telah kurniakan kepada kami kesihatan tubuh badan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental untuk menyiapkan kajian ini, Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringan serta Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan tanpa sebarang masalah rujukan, masa dan kesihatan
           
Selawat dan salam ke atas  semulia-mulianya utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusannya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya . Juga orang orang yang mengikut mereka sehinggalah hari pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati kami yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T

Setinggi tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang disanjungi iaitu, En Suffian Bin Mohd Fabilah atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, melalui tugasan ini banyak ilmu yang telah kami perolehi.

            Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa, rakan rakan dan pihak lain yang telah banyak memberi sokongan dan galakan bagi kami menjayakan tugasan ini seperti yang dirancang.

            Akhir kalam, kami berharap agar usaha yang kami lakukan untuk menyiapkan tugasan ini dapat menjadikan kami insan yang dapat membantu dan meringankan beban orang lain.



1.1 Pendahuluan

Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah ibarat isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains teknologi membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan serta memberi manfaat kepada manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat


Tajuk untuk membuat kajian ini telah ditetapkan oleh pensyarah yang mengajar subjek Sains Dan Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam. Oleh itu kami dari kumpulan 7  telah diberi tajuk kajian berkaitan dengan  Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan serta Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan.


2. ISI-ISI PERBINCANGAN

2.1 Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan.

Manusia mempunyai batasan tersendiri untuk melalukan sesuatu perkara. Manusia tidak mampu melakukan sesuatu yang melebihi had kemampuannya sendiri dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka. 

 Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al taisir) ialah masyaqqah yang melampaui batas kemampuan yang ditanggung oleh manusia bahkan boleh memudaratkan diri dan menghalang seseorang dari melakukan amal seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka islam memberi kemudahan dan keringanan untuk meninggalkannya tetapi mereka wajib menqadakannya. Namun begitu, ada juga musyaqqah yang tidak boleh dijadikan sebab bagi mendapatkan keringanan iaitu kesusahan dan tidak membawa kemudaratan kepada diri. Contoh, meninggalkan puasa kerana letih bekerja.

 Dari segi bahasa masyaqqah bermaksud sesuatu yang meletihkan manakala dari segi istilah pula masyaqqah digunakan bagi merujuk kepada sesuatu yang diluar kebiasaan seseorang. Ini bermaksud allah memberikan kemudahan atau keringanan dalam menunaikan dan melaksanakan perintahnya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An Nahl; 16 : 7




                       Makudnya: “Dan binatang-binatang itu pula membawa barang kamu ke mana-mana 
                      negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung 
                     susah payah”.

           

  

Berdasarkan ayat di atas menjelaskan bahawa agama islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan.


Mestilah tentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan. Dari pandangan lain juga, walaupun pada zahirnya dalam syariat islam dalam kehidupan manusia mempunyai tanggungjawab yang ia juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan. Contohnya, kewajipan mencari rezeki namun itu bukanlah merupakan satu musyaqqah terhadap mereka kerana itu adalah tuntutan yang tidak dikira sebagai musyaqqah kerana menurut kebiasaan itu tidak menjadi satu bebanan kepada manusia bahkan ia merupakan satu keperluan kepada manusia.


2.1.1 Dalil-dalil yang berkaitan dengan kaedah Masyaqqah Tajlibu al-Taisir


Berikut merupakan dalil-dalil yang berkaitan dengan kaedah ini antaranya ialah:

a. Al-Quran

 Berdasarkan fiman Allah S.W.T:

                      Maksudnya: “Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia                                                                       tidak  mengkehendaki kamu menanggung kesukaran”.

 Firman Allah S.W.T:

                      Maksudnya: “Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan                                                     sekadar Kesanggupannya”.

 Kesimpulan berdasarkan kepada firman Allah S.W.T diatas ialah Allah tidak 
 menginginkan kesukaran kepada umat ini, sebaliknya mereka disuruh melaksanakan 
 sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau mengikut kemampuan seseorang itu
 untuk melaksanakan sesuatu perkara.

b. Sunah Al Nabawiyyah

  Berdasarkan kepada hadis Rasulullah:


 

سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن أحب الأديان إلى الله، فقال : ((الحنيفة السمحة)).

                       Maksudnya: “Ditanya nabi tentang agama (cara hidup) manakah yang paling dikasihi 
                   oleh  Allah, maka berkata nabi: agama Nabi Ibrahim As(islam yang bertolak ansur)”. 



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( يسروا ولا تعسروا


Maksudnya: “Nabi bersabda, permudahkanlah dan jangan menyusahkan”.

 
 




Hadis diatas menjelaskan bahawa syariat islam adalah mudah dan ringan, ia juga adalah
sebahagian daripada tujuan syarak.


2.1.2 Tujuan Musyaqqah

Terdapat beberapa tujuan musyaqqah, antaranya :

a.       Musyaqqah atau kesukaran bertujuan mendatangkan kesenangan atau keringanan daripada kesusahan yang biasa seperti tugas tugas yang membebankan sehingga boleh membawa kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda.

b.      Musyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh jadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah. Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya puasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab mengambil rukhsah.

2.1.3  Pembahagian Musyaqqah

Musyaqqah terbahagi kepada dua, iaitu :

a.       Musyaqqah biasa :
Iaitu kesulitan biasa yang boleh dihadapi tanpa mengalami sebarang kemudaratan seperti kesulitan dalam menjalankan ibadah-ibadah fardu, mencari nafkah, kesulitan jihad menentang musuh dan seumpamanya. Kesulitan-kesulitan ini tidak membawa kepada keringanan hukum kerana ia bertujuan untuk menjaga kebajikan manusia di dunia dan di akhirat.

b.      Musyaqqah luar biasa :
Iaitu kesulitan yang menyebabkan kesengsaraan yang biasanya tidak mampu ditanggung oleh manusi biasa dan membawa kepada kemudaratan, mencacatkan system hidup dan membantutkan usaha melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Masyaqqah luar biasa boleh terbahagi kepada dua:

                      i.            Kesukitan dan kepayahan yang besar dan berat. Contohnya, kesusahan yang menimbulkan kebimbangan berlaku kemudaratan kepada diri dan anggota badan akibat dari puasa berpanjangan dan qiamullail yang berterusan. Masyaqqah ini mewajibkan takhfif (keringanan) kerana menjaga diri untuk melakukan ibadat lebih utama dari memudaratkannya hingga menghalang daripada melakukan ibadah.

                    ii.            Kesulitan yang ringan. Contohnya kesakitan yang boleh ditanggung. Musyaqqah ini tidak diambil kira kerana menghasilkan maslahah itu lebih utama dari menghilangkan kesulitan yang sedikit itu.


                  iii.            Kesusahan yang pertengahan. Misalnya kesakitan biasa. Hukumnya tertakluk kepada kesulitan itu sendiri, sekiranya ia hampir kepada tahap masyaqqah yang berat maka ia perlu diringankan. Sekiranya hampir kepada masyaqqah yang ringan, ia sebaliknya.

2.1.4 Sebab-Sebab Keringanan


Terdapat tujuh sebab keringanan yang diberikan oleh syarak dalam ibadat, iaitu:

i.          Musafir: Syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak seperti berbuka puasa.
ii.        Sakit: syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayamum.
iii.      Paksaan: syarak mengharuskan seseorang yang diharuskan dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur
iv.      Lupa: seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya.
v.        Kejahilan: tidak batal solat orang yang bercakap semasa solat dalam keadaan jahil.
vi.      Kepayahan: tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan.
vii.    Kekurangan: orang gila dan juga bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak.


2.1.5 Jenis-Jenis Keringanan Mengikut Syarak


Jenis keringanan atau rukhsoh itu ada tujuh iaitu:

        i.            تخفيف إسقاط  - keringanan dengan menggugurkan kewajipan.
Contohnya:
a.       Tidak wajib atau gugur sembahyang jumaat kerana halangan tertentu.
b.      Digugurkan daripada menyertai jihat sebab uzur.
c.       Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.

      ii.            تخفيف تنقيص  - keringanan dengan mengurangkan bebanan.
Contohnya:
a.       Memendekkan atau qassar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat.


    iii.            تخفيف إبدال  - keringanan dengan gantian atau penukaran.
Contohnya:
a.       Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayamum
b.      Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak boleh berdiri kepada duduk atau baring atau isyarat.
c.       Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah.

    iv.            تخفيف تقديم - keringanan dengan mendahulukan
Contohnya:
a.       Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.
b.      Sembahyang jamak taqdim.

      v.            تخفيف تاخير - keringanan dengan mengakhirkannya
Contohnya:
a.       Menanguhkan puasa ramadhan kerana musafir.
b.       Sembahyang jama’ ta’khir.
c.       Menangguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang mati lemas dan terbakar.

    vi.            تخفيف ترخيص  - Keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa.
Contohnya:
a.       Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
b.      Diharuskan makan bangkai kerana terdesak

  vii.            تخفيف تغيير  - Keringanan mengubah atau menukar
Contohnya:
a.       Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan sembahyang ketika dalam keadaan ketakutan dan menghadapi musuh.

2.2 Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan

Kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menajdi kesukaran bagi tercapainya
kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, maruah, keturunan, akal dan harta. Segala kemudaratan yang berlaku wajib dihilangkan dan dihapuskan.

Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang dikeluarkan oleh Imam Suyuti yang berbunyi:-





          Maksudnya : “Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan                                     kemudaratan”


Islam mengharamkan segala tindakan yang membolehkan  membawa kemudaratan sama ada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.

Kemudaran adalah dengan merujuk kepada impak buruk atau negatif menurut perspektif agama yang tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat.

2.2.1 Contoh-Contoh Permasalahan Kepada Kaedah Ini Ialah :

     a.       Islam telah menentukan etika berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Kegagalan mematuhi              etika ini akan mengundang kemudaratan kepada system nilai manusia.

    b.      Mengembalikan barang yang dibeli dengan sebab terdapat ‘ayb iaitu kecacatan, perselisihan           tentang sifat-sifat yang disyariatkan, taghrir iaitu penipuan, serta menfasakhkan perkahwinan         dengan ‘ayb atau kemiskinan suami atau lain lain

   c.       Jika tempoh sewaan tanah pertanian telah berakhir sedangkan hasil tanaman belum dituai lagi,      maka tanah tersebut dianggap masih kekal dalam tangan penyewa dengan bayar sewa sehingga       tanaman dituai. Ini sebagai cegah daripada memudaratkan penyewa yang terpaksa mencabut           tanamannya sebelum tiba masanya.

2.2.2 Kaedah-Kaedah Pecahan

Terdapat beberapa pecahan terhadap kaedah ini, iaitu :
i.

                          Maksudnya : Kemudaratan dihilangkan sekadar kemampuan.

ii. 
                          Maksudnya: Menolak kerosakan adalah lebih utama daripada mendatangkan                                                     kebaikan.
iii.
                           Maksudnya:Ditanggung kemudaratan khusus bagi menolak kemudaratan umum.

iv.
                        Maksudnya:Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.

v.
                    Maksudnya:Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih

vi.
            
                           Maksudnya:Kemudaratan terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadi.





KESIMPULAN

Islam tidak membebankan manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh membebankan mereka dengan perkara yang diluar daripada kebiasaan mereka. Islam memberi keringanan kepada umatnya bertepatan dan sesuai dengan naluri serta tabiat mereka.

Masyaqqah atau kesukaran yang menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan (musyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui kemampuan oleh manusia, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya daripada melakukan suruhan allah. Mempermudahkan, meringankan dan mengambil kira kemampuan umatnya adalah menjadi kunci utama dan tujuan syarak daripada allah.

Seterusnya, kaedah kemudaratan hendaklah dihilangkan ini juga merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga kemaslahatan individu khususnya dan masyarakat am. Kaedah ini menunjukkan bahawa agama islam dan syariatnya itu begitu mengambil berat mengenai kepentingan manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan kerosakan yang berlaku serta bakal berlaku. Semua hukum yang telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salah satu antara tujuan utama mangapa syariat Islam didatangkan oleh Allahs.w.t ke atas muka bumi ini.



RUJUKAN

Buku/majalah/artikel

Buku Rujukan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (Khas untuk pelajar Politeknik Malaysia)


Internet:
Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zain (2000), Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abd.kadir hussin. (1977), usul fiqh.Cet 3.Kota Bharu;pustaka Aman Press Sdn.Bhd.

Anwar Fikri Omar,Dr.Mohd Nasran Mohamad & Mohammad Zaini Yahya.
(2006), Kaedah Fiqh.Bangi: Pusat Perkembangan Pendidikan.

Hassan Soleh (1979), Prinsip-prinsip fikh islam.Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn.bhd.

Saadan Man (1994),  Masyaqqah dan Hukum Keringanan Menurut Prinsip Islam.

Nurbazla Ismail, Kaedah-kaedah Fiqh
Wan Dalilah (Januari 2012), My Syaria
 http://wandastpm.blogspot.my












.




 
 













2 comments:

  1. Best VPNs For Playing in Roulette with Roulette & Play with
    Play real money หาเงินออนไลน์ online roulette games for free, using Bitcoin, Ethereum, and other cryptocurrencies at work on top online roulette sites.

    ReplyDelete
  2. Lucky 15 Casino - Mapyro
    Lucky 15 Casino is in 계룡 출장샵 the 안산 출장샵 suburbs, 태백 출장마사지 so the only option is 당진 출장샵 staying at the nearest casino. You'll find it on 충청북도 출장안마 the map. You can even play in

    ReplyDelete